Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Tiga rakyat Palestin terbunuh manakala lima lagi cedera akibat tembakan dan serangan udara tentera haram Israel di semenanjung Gaza walaupun perjanjian gencatan senjata masih berkuat kuasa. 


Pihak musuh menembak mati dua rakyat Palestin di timur Khan Younis, selatan Gaza apabila kenderaan tentera Zionis melepaskan tembakan ke kawasan timur bandar itu. 


Pegawai perubatan berkata seorang lelaki ditembak berhampiran kawasan Sheikh Nasser, berdekatan garisan kuning, di timur Khan Younis.


Garisan kuning yang diwujudkan di bawah perjanjian gencatan senjata memisahkan zon penempatan tentera haram Israel yang meliputi lebih 50 peratus wilayah Gaza daripada kawasan di sebelah barat yang dibenarkan untuk pergerakan rakyat Palestin.


Saksi memaklumkan bahawa insiden tembakan itu berlaku serentak dengan tembakan intensif daripada kenderaan tentera haram Israel yang ditempatkan di timur Khan Younis.


Seorang lagi rakyat Palestin turut terbunuh akibat tembakan Zionis di bandar yang sama, luar kawasan penempatan tentera haram Israel.


Di bandar Rafah di selatan Gaza, tentera haram Israel terus merobohkan bangunan kediaman di utara bandar tersebut dan letupan kedengaran serta kepulan asap kelihatan naik ke udara, menurut saksi kejadian.


Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada awal Oktober, tindakan Israel telah mengorbankan 492 rakyat Palestin dan mencederakan 1,356 yang lain.

Sumber: Middle East Monitor 

Written by
Admin
Published on
January 30, 2026