Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengulangi seruannya kepada rakyat Iran agar bangkit dan mengambil alih pemerintahan mereka selepas serangan ketenteraan besar‑besaran terhadap Iran, sambil mendesak anggota angkatan bersenjata dan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) supaya meletakkan senjata.


“Saya menyeru semua patriot Iran yang mendambakan kebebasan agar merebut saat ini, berani, tegas dan bertindak untuk mengambil kembali negara anda,” kata Trump pada Ahad dalam satu video yang dikongsikan di platform Truth Social miliknya.


“AS. Saya telah berjanji kepada anda dan saya telah menunaikan janji itu. Selebihnya terpulang kepada anda,” tambahnya.


Trump mendakwa bahawa keseluruhan struktur kepimpinan ketenteraan Iran telah runtuh dan dia turut menggesa IRGC, tentera dan polis supaya meletakkan senjata.


Presiden AS itu berkata, “Operasi tempur sedang diteruskan pada masa ini dengan kekuatan penuh dan ia akan berterusan sehingga semua objektif kami tercapai,” Dia turut menggambarkan operasi tersebut sebagai satu keperluan bagi menghalang Iran yang mempunyai senjata nuklear daripada menyerang AS. Tehran menegaskan bahawa ia tidak berhasrat untuk memiliki senjata nuklear.


Trump turut mengulangi bahawa Iran yang dilengkapi peluru berpandu jarak jauh dan senjata nuklear akan menjadi ancaman besar kepada setiap rakyat AS, sambil menuduh Tehran sebagai penyokong pengganas nombor satu dunia.


Operation Epic Fury, yang dilancarkan pada Sabtu telah mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Pemimpin Tertinggi Iram, Ayatollah Ali Khamenei. Tiga anggota perkhidmatan AS dilaporkan terbunuh manakala lima lagi cedera parah dalam serangan balas Tehran.


Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
March 2, 2026