Beberapa buah negara mengkritik keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam meluluskan sekatan ke atas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan stafnya.
Perintah eksekutif yang dikeluarkan secara rasmi oleh Rumah Putih pada hari ini (waktu Malaysia) menekankan bahawa ICC telah mengenakan tindakan yang tidak berdasarkan undang-undang dan tidak berasas terhadap Amerika dan rakan sekutunya, Israel.
Menteri Luar Netherlands, Caspar Veldkamp menyifatkan tindakan Trump sebagai satu keputusan yang dikesali memandangkan ICC memainkan peranan penting dalam menangani pelaksanaan hukuman secara bebas.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyambut baik keputusan Trump yang disifatkan sangat mempertahankan Amerika dan Israel daripada mahkamah yang korupsi dengan anti-Amerika dan anti-semitik.
"ICC telah melancarkan kempen kejam terhadap Israel sebagai tindakan terhadap Amerika. Perintah eksekutif Presiden Trump telah melindungi kedaulatan kedua-dua negara dan tenteranya yang berani. Terima kasih, Presiden Trump,"
ucap Netanyahu melalui satu perkongsian di X.
Sumber: Al Jazeera