Presiden AS, Donald Trump ketika bercakap kepada wartawan di atas pesawat Air Force One, mengesahkan bahawa beliau telah mengarahkan tentera untuk menamatkan sekatan terhadap bekalan bom seberat 2,000 paun (900kg) kepada Israel.
“Kami telah membenarkan penghantaran senjata berat. Kami sahkan hari ini. Dan mereka (Israel) akan memilikinya. Mereka telah membayarnya dan telah menunggu sekian lama. Ia (senjata berat) telah disimpan dalam stor,”
kata Trump.
Apabila ditanya mengapa beliau menamatkan sekatan terhadap bom tersebut, Trump menjawab,
“Kerana mereka membelinya.”
Seperti yang telah kami laporkan, pentadbiran Biden sebelum ini menghentikan penghantaran bom berat tersebut pada bulan Mei lalu, atas alasan kebimbangan terhadap kemudaratan kepada orang awam Palestin di Gaza.
Sumber: Al Jazeera