
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan dia mahu terlibat secara langsung dalam pemilihan pemimpin baharu Iran, sambil membandingkannya dengan peranannya dalam menentukan kepimpinan Venezuela selepas pemerintahan Nicolás Maduro.
“Saya perlu terlibat dalam pelantikan itu, seperti dengan Delcy (Rodriguez) di Venezuela,” kata Trump kepada Axios, sambil menolak calon terkemuka, Mojtaba Khamenei — anak kepada Pemimpin Tertinggi Iran yang maut, Ayatollah Ali Khamenei — dengan menyifatkannya sebagai kurang berpengaruh dan tidak dapat diterimaTrump dengan tegas menolak pengganti yang meneruskan dasar pemimpin tertinggi terdahulu, sambil memberi amaran bahawa perkara itu berpotensi menyebabkan AS kembali berperang dalam tempoh lima tahun.
“Kami mahukan seseorang yang akan membawa keharmonian dan keamanan kepada Iran,” katanya dalam satu temu bual telefon.Iran masih belum mengumumkan pemimpin tertinggi baharu sejak kematian Khamenei dan puluhan pegawai kanan Iran yang lain, selepas melakukan serangan ke atas AS-Israel pada Sabtu.
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, Mojtaba Khamenei secara meluas dianggap sebagai anak Khamenei yang paling berpengaruh dan telah dikenakan sekatan oleh Perbendaharaan AS pada tahun 2019.
Beliau juga dikaitkan dengan pasukan Basij yang digunakan untuk menekan protes selepas pilihan raya Iran pada tahun 2009.Di bawah Perlembagaan Iran, Majlis Pakar Kepimpinan yang terdiri daripada 88 anggota bertanggungjawab memilih pengganti pemimpin tertinggi, manakala satu majlis sementara akan menjalankan tugas kepimpinan dalam tempoh peralihan.
umber: TRT World