Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Setiausaha Luar Britain, David Lammy memberi jaminan bahawa Britain akan mematuhi prosedur sewajarnya sebagai tanda menghormati keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)  mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu jika Perdana Menteri Israel itu melawat United Kingdom (UK).Lammy mengesahkan pendirian UK di dalam pertemuan G7 di Itali semalam:

"Kami adalah penandatangan Rome Statute dan sentiasa komited dengan kewajipan kami di bawah undang-undang antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa."

Dia menambah lagi,

"Sudah tentu, jika lawatan seperti itu berlaku ke UK, akan ada proses mahkamah dan prosedur sewajarnya yang akan diikuti berkaitan isu-isu tersebut."

Kenyataan ini merupakan susulan daripada keputusan ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant pada 22 November 2024. Waran tangkap ICC terhadap dua individu tersebut adalah berdasarkan tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, yang mencetuskan perdebatan mengenarai kebertanggungjawaban di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, beberapa negara Eropah lain termasuk Ireland dan Jerman telah mengumumkan bahawa mereka akan menghormati keputusan hakim di bilik pra-perbicaraan ICC jika waran tangkap dikeluarkan ke atas Netanyahu dan Gallant.

Belanda, Norway dan Perancis juga mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan serupa. Akibatnya, Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, tidak akan menerima perlindungan daripada penangkapan di negara-negara tersebut jika melakukan lawatan. Kanada, Itali dan Netherlands juga tidak ketinggalan menyahut keputusan ICC dengan positif.

Sumber: Reuters, Quds News Network, The Jerusalem Post

Written by
Admin
Published on
November 26, 2024