Universiti California Hentikan Demonstrasi Gaza
Ribuan pekerja akademik di Universiti California (UC) menghentikan mogok dan protes selepas hakim Mahkamah Tinggi Orang County mengeluarkan perintakan sekatan buat sementara waktu terhadap kumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin itu.
Kesatuan Auto Workers Local 4811 yang mewakili 48,000 pelajar siswazah yang bekerja sebagai pembantu pengajar, penyelidik, tutor dan pekerja akademik lain telah melancarkan demostrasi itu pada 20 Mei di Santa Cruz.
Menurut kesatuan itu, pihak polis dan universiti telah mencabul hak kebebasan bersuara dalam kalangan ahlinya semasa tindakan keras mereka dalam protes pro-Palestin di enam buah kampus UC pada bulan lepas.
Susulan daripada itu, hakim Mahkamah Tinggi Orange County mengeluarkan perintah sekatan sementara yang dipohon oleh universiti dengan menegaskan bahawa tindakan protes itu melanggar klausa larangan mogok dalam kontrak kesatuan memandangkan ia berpunca daripada isu bukan buruh.
Hakim juga memutuskan bahawa demonstrasi itu memberi impak negatif terhadap pengajian mahasiswa menjelang peperiksaan akhir mereka.
Susulan daripada keputusan itu, Kesatuan Auto Workers Local 4811 nekad akan mengadakan bantahan seterusnya pada hari Selasa dan Rabu nanti.
Sumber: Al Jazeera