UNRWA: 50,000 Kanak-Kanak Gaza Hadapi Krisis Kekurangan Zat Makanan
Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) mengatakan lebih daripada 50,000 kanak-kanak di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera kerana kekurangan zat makanan yang teruk.
Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu yang lepas, agensi itu menyatakan, “Dengan sekatan yang berterusan terhadap akses kemanusiaan, penduduk di Gaza terus menghadapi tahap kelaparan yang sangat teruk. Pasukan UNRWA bekerja tanpa henti untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga- keluarga Palestin, tetapi realitinya adalah sangat kritikal.”
Sumber: Al Jazeera