Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Utara, Selatan, Tengah Gaza - Dibedil Sepanjang Malam

Rejim Israel menyasarkan serangan di sekitar kawasan kejiranan Saudi di barat bandar Rafah. Pada masa yang sama, mereka turut meletupkan beberapa buah kediaman di kawasan itu tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kereta kebal milik rejim Israel juga melepaskan tembakan ke kawasan timur Khan Younis. Manakala tembakan meriam pula disasarkan ke atas kawasan utara Kem Nuseirat yang juga terletak di Tengah Gaza.

Di utara wilayah itu, serangan udara pada malam tadi telah mengakibatkan sejumlah penduduk Gaza terkorban, termasuk kesyahidan yang berpunca daripada serangan pengeboman sebuah rumah di kejiranan Shuja'iyya, timur Gaza.

Sumber: Al Jazeera, NBC News

Written by
Admin
Published on
June 21, 2024