Latest News

Stay updated with the latest developments and news

🇵🇸 Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza

🚨Bencana Kesihatan Baru

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa ujian ke atas sampel air kumbahan yang dilakukan dengan kerjasama UNICEF menunjukkan kehadiran virus penyebab polio.

Kehadiran virus penyebab polio dalam air kumbahan yang bertakung dan mengalir di antara khemah-khemah penempatan sementara serta di kawasan penempatan penduduk akibat kemusnahan infrastruktur menambah satu lagi bencana kesihatan. Situasi ini semakin parah dengan kesesakan penduduk, kekurangan air bersih, pencemaran air oleh kumbahan, timbunan sampah yang banyak, serta larangan pihak Zionis untuk memasukkan bahan pembersihan. Keadaan-keadaan ini merupakan punca penyebaran pelbagai wabak penyakit.

Pengesanan virus penyebab polio dalam air kumbahan memberi amaran tentang bencana kesihatan yang kritikal dan ribuan penduduk terdedah kepada risiko jangkitan polio. Kementerian Kesihatan menyeru supaya serangan yang dilancarkan pihak rejim Zionis dihentikan segera agar dapat memberi peluang kepada penyediaan air bersih, pembaikan sistem kumbahan dan mengakhiri kesesakan penduduk di tempat perlindungan sementara.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza

18 Julai 2024

Written by
Admin
Published on
July 20, 2024