Latest News

Stay updated with the latest developments and news

WARAN TANGKAP: NETANYAHU MUNGKIN TERLEPAS

Dalam perkembangan terbaharu waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, United Kingdom (UK) telah meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengkaji semula sama ia mempunyai bidang kuasa ke atas warga Israel atau pun tidak.

Campur tangan UK secara tidak langsung akan melambatkan keputusan mahkamah sehingga berminggu-minggu kerana negara itu mempunyai status istimewa. Sebagai rekod, UK merupakan amicus curiae yang memiliki hak dalam membantu ICC dengan menawarkan kepakaran, pandangan atau maklumat dalam sesuatu kes.

UK telah mengemukakan permohonannya kepada tiga hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan pada 10 Jun. Jika barisan hakim itu mendapati pihak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas rakyat Israel, maka permohonan waran tangkap akan terbatal.

ICC telah memberi lampu hijau kepada UK untuk mengemukakan permohonan itu secara rasmi pada 12 Julai 2023.

Sejak Pihak Berkuasa Palestin (PA) membuat permohonan kepada ICC untuk siasatan kekejaman Israel di Palestin, Israel menyelar tindakan mereka sudah mencabar Perjanjian Oslo. Melalui Perjanjian Oslo, PA telah bersetuju bahawa mereka tiada bidang kuasa ke atas rakyat Palestin.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant pada Mei lalu atas tuduhan jenayah perang di Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: The Cradle

Written by
Admin
Published on
June 29, 2024