Seorang warga emas Palestin dipukul hingga mati oleh tentera rejim Zionis di Tebing Barat, lapor media tempatan.
Sheikh Atef Malik Derieh meninggal dunia selepas dia diserang oleh tentera rejim Zionis di bandar Aqraba, selatan Nablus.
"Tentera rejim Zionis memukul lelaki tua itu dengan teruk ketika dia berada di kebunnya berhampiran jalan penempatan di bandar itu," kata Ketua Perbandaran Salah Jab.
“Dia mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia di hospital,” tambahnya.
Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 804 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis sejak melancarkan operasi genosid di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023.
Sumber: MEMO dan The Palestine Chronicles