“Buat perjanjian, tamatkan perang, perbaiki negara,” kata Lapid, ketua parti Yesh Atid di aplikasi X.
Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menggesa perjanjian dengan Hamas untuk membawa pulang tawanan Israel dari Gaza dan menamatkan genosid yang sedang berlaku, lapor Agensi Anadolu.
Israel telah membunuh lebih 40,000 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober lalu. Genosid ini telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk 2.3 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal serta menyebabkan kebuluran dan penyebaran penyakit.
Benjamin Netanyahu berkata bahawa tenteranya mesti mengekalkan kawalan ke atas kawasan sempadan selatan Gaza dengan Mesir - dikenali sebagai Koridor Philadelphi.
Jurucakap kerajaan haram Israel, Levy memberi amaran bahawa kawalan Koridor Philadelphi secara berterusan boleh menyebabkan lebih banyak tentera rejim Zionis akan mati.
Tinjauan yang dikeluarkan oleh Channel 12 Israel pada malam Jumaat mendedahkan bahawa 60% rakyat Israel percaya bahawa mendapatkan perjanjian untuk membawa pulang tebusan dari Gaza adalah lebih penting daripada memegang Koridor Philadelphi.
Sumber: Middle East Monitor