Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Mantan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah mengumumkan keputusan menarik diri daripada Knesset menerusi siaran televisyen tempatan semalam. 


Keputusan yang diambil susulan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggugurkan  Gallant daripada jawatannya dua bulan yang lalu. 


Pada masa yang sama, Gallant juga menyatakan kerajaan Israel mengecualikan draf undang-undang yang dikenakan ke atas lelaki ultra-ortodoks daripada perkhidmatan ketenteraan wajib di wilayah itu. 


Sebagai respons kenyataan Gallant itu, ketua pembangkang, Yair Lapid menyelar kerajaan Netanyahu yang mahu mengecualikan lelaki ultra-Ortodoks daripada perkhidmatan ketenteraan. Menerusi ciapannya di X:

Gallant telah memberitahu kebenarannya: Dia dipecat kerana kerajaan mahu meluluskan undang-undang yang disifatkan satu pengkhianatan kepada pahlawan kita, sama ada yang tercedera atau yang telah meninggalkan kita.

Gallant dipecat pada 5 November 2024 selepas Netanyahu meluahkan rasa ketidakpastian dengan tindakan Gallant dalam menguruskan peperangan di Gaza dan Lubnan.


Sumber: MEE, MEO

Written by
Admin
Published on
January 2, 2025