Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Rejim haram Israel mengumumkan bahawa pintu sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula bagi pergerakan dua hala bermula Rabu, sekali gus membenarkan perjalanan orang awam secara terhad.


Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah (COGAT) melaporkan dalam satu kenyataan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas penilaian keselamatan dan pemeriksaan terhadap keadaan yang membolehkan operasi di sempadan tersebut disambung semula.


Pintu sempadan tersebut akan beroperasi dengan pergerakan penduduk yang terhad sambil mengekalkan ‘sekatan keselamatan’ yang diperlukan berdasarkan situasi keselamatan dan ancaman di kawasan tersebut,” tambah kenyataan itu.


COGAT memaklumkan bahawa sempadan tersebut akan berfungsi mengikut mekanisme yang sama seperti sebelum ia ditutup serta tertakluk kepada arahan keselamatan yang berkaitan.


Pergerakan penumpang melalui lintasan itu akan dilakukan dengan penyelarasan bersama Mesir, selepas mendapat kelulusan keselamatan terlebih dahulu daripada rejim haram Israel dan di bawah pemantauan misi Kesatuan Eropah (EU), menurut kenyataan tersebut.


Prosedur saringan dan pemeriksaan lanjut juga akan dijalankan di sepanjang pusat pemeriksaan Regavim yang dikendalikan oleh rejim haram Israel di kawasan yang berada di bawah kawalan tenteranya.


Perjanjian gencatan senjata di Gaza mula berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, selepas perang Zionis yang mengorbankan lebih 72,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 171,000 orang, selain memusnahkan kira-kira 90% infrastruktur awam di wilayah itu. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula wilayah tersebut adalah sekitar AS$70 bilion.


Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
March 16, 2026