Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Resolusi pertama yang diusulkan Palestin dalam mesyuarat pertama bersama Perhimpunan Agung PBB (UNGA) semalam telah menerima 124 undian menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.



Secara rasminya, dalam sejarah 42 tahun, akhirnya UNGA meluluskan resolusi yang menggesa pengunduran tentera Israel, pemberhentian semua kerja-kerja penempatan baharu di Tebing Barat dan pemindahan keluar semua penduduk haram Israel dari tanah yang dijajah.

UNGA juga menuntut Israel mengembalikan tanah, termasuk harta yang tidak boleh dialih dan semua aset yang dirampas sejak penjajahan bermula pada tahun 1967. Tuntutan tersebut melibatkan juga semua harta budaya dan aset yang diambil dari institusi Palestin.


Resolusi itu juga menuntut Israel membenarkan semua rakyat Palestin yang dihalau untuk kembali ke tempat asal mereka dan membuat penambahbaikan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh penduduk haram Israel.

Sementara itu, Duta Besar AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield menggesa ahli UNGA untuk undi menentang dalam sesi semalam. Sedari awal, Washington telah lama menentang langkah unilateral atau bersifat berat sebelah kerana percaya ia akan menjejaskan prospek penyelesaian dua negara.

Resolusi yang diusulkan Palestin itu selari dengan kenyataan dan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Julai lalu yang mana menegaskan penjajahan Israel di Palestin adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa.

Dengan lampu hijau daripada UNGA, ini bermakna Israel ada 12 bulan untuk berundur dari Palestin.

Sumber: UN, South China Morning Post dan Middle East Eye

Written by
Admin
Published on
September 19, 2024